Thursday, November 12, 2009

FACEBOOK yang menikam jiwa...

Macam-macam gambo orang letak kat dalam facebook especially yang lama lagi nostalgik! Geng-geng lama letak gambo yang disimpan lebih 20 tahun...

Hanis, Hanif, Hanaa (dan juga pembaca blog ini), nak kongsi sedikit gambar yang dicilok dari Facebook yang di-tag.

Form Five - Class Monitor (Ketua Tingkatan). Seluaq putih sebelah tu ialah Rahman Samion (Dr.). Seluaq/Kain putih ialah pengawas sekolah...

Kiri sekali (duduk & necktie) ialah Cikgu Zamani Asnian (Ketua Warden merangkap Ketua Jurulatih Rugbi) . Saya pernah beberapa kali blog berkenaan Cikgu Zamani, cikgu yang paling garang dalam abad itu di Malaysia... (tak caya? cuba tanya budak-budak Sekolah Menengah Sains Pahang - Sultan Ahmad Shah...)

Bergambar lepas jadi champion rugby masa tahun tu...


OK, dah boleh cam? Lihat gambar atas. Sila cari saya ---the clue - first 10 standing from right...
(boleh bagi hadiah ni saper boleh teka...)
Cari lah den yang mana satu...
Saya petik kata sahabat yang paling aktif dalam Facebook, Datuk Shake (kiri sekali depan), verbatim...

"Sahabat-sahabatku..Mungkin suatu ketika dahulu, kita tidak diberi peluang utk mencoret atau melontarkan sesuatu utk dikongsi bersama. Kemudahan yg ada pada masa dahulu pun terhad, tiada hp utk sms, tiada FB utk berceloteh, dan tiada cybercafe utk duduk melanguk. Apa yg ade, hanya dinding-dinding tandas dan pelapik kayu (katil besi) yg dijadikan "papan hitam" utk menulis sesuatu. Oleh yg demikian, dgn adanya kemajuan dlm teknologi, kita optimumkan kemudahan yg ada dengan sebaik mungkin, kerana kita juga "tax payer".."
"Hampir ku terlupa.. bukan hanya setakat dinding tandas dan asrama, atau di pelapik katil, malah pernah juga dibuat sesuatu "tanda" di locker dan siling asrama. Tetapi yg paling mengejutkan apabila siling ...... dipecahkan utk tujuan "sesuatu perkara" yg tak pernah tercapai oleh akalku.."
Gambar beramai-ramai Tingkatan 5 - ada 200 orang tu... dalam kelompok 10 berdiri belakang dari kiri..






Macam-macam orang ada dalam ni yang pegang macam-macam post, dari Sabah sampai ke Wilayah Iskandar. Kalau sebut takut ada yang tak percaya...

Yang tak de kat situ ialah kawan yang baru dapat jadik BOD Petronas je...
Aksi biasa di mana-mana dorm boarding school...
Tengok tray dewan makan tu...stainless steel...
Ini adalah gambar Arwah Mohd Nadzir Yahya, rakan se-dorm dan satu kelas dari Form 1-5, yang telah 20 tahun meninggalkan kami. Al-Fatihah untuk Arwah, semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan para solihin. AMIN.

Wednesday, November 11, 2009

AL-FATIHAH & TAKZIAH

1. Mak Long Sedara saya meninggal dunia pagi ini di kampung, kerana sakit tua. Al-Fatihah untuk Arwah dan takziah untuk seluruh keluarga sepupu saudara semua.
2. Al-Fatihah juga untuk Allahyarhamah Datin Kamariah, isteri mantan S/U Agung PAS - Datuk Kamaruddin Jaffar yang meninggal dunia Subuh hari ini, akibat kanser.
3. Al-Fatihah juga untuk Sheikh Ahmad bin Ibrahim Badr - tukang utama pembuat pintu emas Kaabah yang meninggal dunia pada usia 89 tahun. Sheikh Ahmad menghasilkan pintu Kaabah menggunakan 300kg emas tulen pada tahun 1979.

---

Moga Allah merahmati roh-roh Arwah semua. AMIN.

Monday, November 9, 2009

***Hilyah Design***

Peminat pakaian T-Shirt Muslimah Hilyah Design, boleh dapatkan baju anda mengikut design yang ada di bawah. (Klik untuk besarkan) Atau boleh juga email untuk terima attachment yang lebih jelas.



Contoh design terbaru, yang keluarkan di RTM / paper baru-baru ini iaitu Baju Labbaik (sesuai untuk mereka yang mengerjakan haji). Yang nak guna di sini pun boleh.
Untuk tempahan/pertanyaan atau menjadi reseller, sila hubungi my other half --- IZLINA >>> hp 014-9700817 atau email tempahan >>> izlina2007@gmail.com

Friday, November 6, 2009

Jom Pi Rafting Musim Hujan!!!

Saper yang minat rafting (white-water rafting) , jom join. offer 1 disember 2009 - 31 januari 2010.

Saper yang extreme berani, jom pi rafting musim hujan ni (1-31 disember 2009).
Saper yang tak berapa berani atau nak biasa-biasa, seronok-seronok, sila booking 1 januari - 31 januari 2010.

RM180/seorang. Tempat samada di Ulu Slim (Perak) <<<-- atas sikit Proton City, Tanjung Malim: ataupun boleh pi Sungai Selangor (di Kuala Kubu Bharu)

Nak tahu lanjut sila lawat sini >>> http://www.squidoo.com/teambuilding-kuala-lumpur

Boleh email saya atau call/sms my cousin >>> IZNI 019-3849691

Wednesday, November 4, 2009

Singgah Di Bandar Nafsu --- (sajak)

SINGGAH DI BANDAR NAFSU

Tamadun yang dibuat-buat dan diperbesar-besarkan
Sebenarnya tiada apa yang perlu dibangga
Dan tiada apa yang perlu dicontohi
Apalagi untuk diteladani dan dipelajari
Bahkan menjijikkan
Dengan pelakon-pelakon sumbang berkeliaran
Ada agenda bila berbual
Nafsu dilebihkan
Banyak sangat tajuk sampingan
Banyak sangat hasrat tersimpan
Yang tersembunyi dalam perbincangan
Dalam perlaksanaan
Dalam pembangunan
Dalam kemanusiaan
.
-tajmosa-
Roponggi, Tokyo, Jepun. 1997

...Murtabak Singapore patut dah online...

Mengeteh, perbincangan awal di JB. Dari kiri - Dzul, Zia (terlindung), Dr. Tolib (Presiden Alumni), JAYU, Amir Karim a.k.a Semut (Pengedar Rokok di Johor cita-cita semenjak sekolah) dan kanan sekali Mokhsin (Naib Presiden). Gambar lain dan agenda selepas itu, tidak dikongsi di sini.

Dari JB on the way ke KL, singgah di Muar dah lewat petang, pekena Murtabak Singapore di Tanjung Agas --- Murtabak yang tersedap di Malaysia... sekeping RM15.


Botok-Botok pun ada. Ini kira macam BOTOX la, saper makan awet muda (kot)...dalam dia isi ikan tenggiri dan beberapa sayuran, semuanya dikukus dibungkus dalam daun pisang.
Ini Sagon, bila makan jangan berbual...

Ehem, ni kad jemputan kawin saper pulak ni...

Monday, November 2, 2009

Dadah & Cannabis vs Synthetic Drug Addict

Ahad semalam saya dijemput hadiri Seminar Pencegahan Dadah anjuran Agensi Anti Dadah AADK di Petaling Jaya. Dadah dah menjadi semakin teruk/serius di Malaysia.

Ceramah 1 disampaikan oleh Prof. Dr. Mahmood Nazar Mohamed, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK yang cerita berkenaan Dadah Sintetik & Kesan Kepada Pengguna Dadah. Statistik seluruh negara la ni ialah dari seluruh yang ditangkap dadah, 73% adalah golongan Melayu!!! Pusat Serenti penuh 95-99% dengan golongan lelaki Melayu.

Dadah ada 2 jenis --- (1) ori/asli (dari tumbuhan) dan (2) dari jenis sintetik / synthetic (yang cepat khayal). Mereka ambil dadah kerana ingin isi kekosongan dan cara mudah dengan berkhayal.

Dadah sintetik ada 3 kategori (1) Amphatamine, Metamphetamine (Yaba, Syabu, Ice) (2) ubat tidur, painkiller, pil psikitik (ubat orang sakit jiwa - kalau makan pil ni, senyum manjanggg), ketamin (ubat bius kuda), rohyphnol & GHB...dan (3) Inhalan - gam, petrol & thinner.

Semua ini akan rosakkan otak bahagian depan. Anak orang kaya makan ecstacy (boleh goyang kepala 4 jam...), remaja yang miskin (tapi tetap nak isap dadah) ambik pil kuda...Ada yang teruk (tapi tak mampu) minum air rebusan daum ketuM + spirit + ubat nyamuk (yang coil lingkaran tu...). Ramai yang terlibat termasuk pelajar Universiti (kerana dah stay up study sampai malam nak exam) driver bas/lori/ekspress (nak dapat banyak trip esp Hari Raya) dan GRO (nak bagi tenaga nak "servis" ramai orang...)


Orang akan start dengan rokok, hidu gam dan kemudian graduate dengan hisap syahbu (cannabis).

Dadah tumbuhan --- Ganja dunia banyak datang dari ACHEH (Sumatera Indonesia) (jangan terkejut...) sementara OPIUM (termasuk kas-kas dalam kari mari dari opium low grade...) banyak datang dari Afghanistan/Pakistan...In fact, AFGHANISTAN membekal 95% OPIUM dunia...Berjuta rakyat di Afghan, di Pakistan dan Iran terlibat dalam salah guna dadah dan industri dadah ini.

Statistik Penagih Dadah Di Selangor (klik kasi besar).


Ada sesi kisah benar oleh seorang mantan penagih dadah, En Suzaidi Sulaiman (42 tahun) turut berkongsi pengalamannya terjebak dalam dadah sejak berumur 13 tahun. Ceritanya kelakar dan ada sedih. Dia "anak orang kaya" di Banting, semua pokok kebun kelapa sawit orang dia punya, semua dapur orang dia punya, semua kasut orang di masjid pun dia punya, hatta periuk/tempat mandi mayat di masjid pun dia punya. Keluaq masuk Pusat Serenti 3 kali, penjara 2 kali. Dia habaq untuk elak terjebak dengan dadah, ibubapa mestilah bersahabat dengan anak remajanya, kenal kawan/rakan dan pantau pergaulannya. Kalau terlepas mereka akan terjebak.

Perasmian Tutup. Tengah (baju putih) ialah Dato' Zulkepli Ahmad, DO Petaling dan di kanannya ialah Tuan Zulkarnain Mohamad (Penolong Pengarah AADK Petaling) sementara di kiri DO ialah Dato' Seri Indah Diraja.

Dato Salehuddin Saidin bagi talk. Beliau ialah seorang Peguam (dulu Timbalan Pendakwaraya Selangor). Beliau cerita yang kena tangkap/gantung/sebat sebenarnya adalah middle man je @ drug pusher. Yang masih berleluasa bebas, enjoy katak ialah Kingpins. Kingpins ini memang tak akan ditangkap selagi ada rasuah disemua agensi kerajaan terutama pasukan polis. Kingpins ini ada makmal, kilang buat/proses dadah di Malaysia. Habis, camana....
.
Kawan aku, Datuk Shake, mu sila jawab...
(saya ada jugak dulu kawan-kawan kampung dan kawan U yang terlibat dengan dam/dadah...lain kali lah kiter cerita...)

Wednesday, October 28, 2009

Xtra Income Untuk Semua

Kepada semua pelawat blog ini, luangkan masa sila ke link ini >>> http://www.website.ws/tajudinms
Baca/fahami video tutorial yang dipapar. Kita semua boleh tambah income dengan menyertai Global Domains International, Inc (GDI). Kita/Anda semua berpotensi tinggi kerana memang sentiasa berurusan dengan komputer/online/email. Rebut peluang ini.



Guna link saya >>> http://www.website.ws/tajudinms Dalam tu nanti boleh sign-up for free (klik pada button yang disediakan)



Kalau nak baca lagi detail/panjang sikit juga boleh ke SINI Jangan lepaskan peluang.

---

Briefly, there are almost a billion people online now. Try reach some of your friends to join in. GDI is ranked 37 on Inc 500's list of the fastest growing companies. Just take your time (won't take much of your time actually). The link will take you to video screen and some info and will explain everything.

Need more info, please email me tajudinms@gmail.com


Monday, October 26, 2009

...you hug and kiss your parents?

Sunday, yesterday, went to Khalifah Institute 1-day Parenting seminar (Jalan Ampang), refreshing our roles and responsibilities as Muslim parents (we were sponsored by www.hilyah.com <<<--- Muslimah T-Shirt --->>> thanks to the owner, Puan Latifah)

Program was conducted by 5 speakers - Puan Badariah Ismail (KI Trainer), Saudara Muhammad Qayyum Abd Raof, Prof. Dr. Alini Marzuki, Puan Azra Banu (listen her slot on-air in Radio IKIM) and (sorry, i did miss the first speaker's name)
Dr. Alini (left) & Puan Azra Banu (right)

As Khalifah of Allah we must do 3 things (1) Make ourselves good (2) Help others become good (too!) and (3) Make the world good (you may have heard this, i supposed so).

Yes, i learned a lot from yesterday's seminar, but not all can we relay/share here in this blog. Go and spend time to Khalifah with your spouse (yes, attend "berdua-duaan" together to make full impact to your family).


Oh not to forget, i think this got to be shared here. Hug your kids and hug your parents!. Prof Dr Alini shared her story how she first hug her daughter (when the latter was already 16!!!). Never to late...she always remember that moment and it was a difficult move. I agreed. I raised hand and (not to blame our Malay culture/norms) i shared to all that my first hug/kiss to my mother was after my marriage (after our first baby was born). True, it was difficult, how to hug you mother something you never did before. Prof Dr. Alini asked me --- who push you to hug and kiss her. I said --- my wife. Hu hu hu and forever, i never had the opportunity to hug and kiss my Abah!

Actually, parents/kids love to be hugged and to be kissed. Those read this blog, go - hug and kiss your parents today and to your children too. Mind you, they (hugs/kisses) are more powerful and signifant than words. Let's be good, be good and be good to others, Insya-Allah.

In my view, this seminar is very good for Muslim (parents/parents-to-be) but as i wrote in feedback form, masa tak cukup especially on Q&A after each speaker's session. Details you may reach Khalifah Institute by web http://www.islamic-world.net/ or http://www.khalifahtraining.com/ or call 03-42566810

Khalifah Model School
---
Apart from KI's model school/kindergarten located at Taman Ampang Utama, Puan Badariah's Dzuliman Smart Khalifah Kindergarten (http://www.dzuliman.com/) also applies Khalifah Program as its teaching method. Dzuliman has a few branches --- Putrajaya, Putra Heights, Shah Alam (Sek 13, Sek 7, Sek 8), USJ 6 and Tronoh (Perak) <<<--- (ooo yeah, i love Tronoh, please visit Tronoh, at least once in lifetime...he he he)

Thursday, October 22, 2009

Syukur Alhamdulillah - Allah Menyayangi Kita

(Hanis, Hanif, Hanaa --- Allah sentiasa sayang kita. Dan Allah juga sering beri peringatan kepada kita. Moga kita dalam rahmat dan kasih Allah.)

hayati lagu ini...



Lagu: Syukur Alhamdulillah - Ungu
.
Selalu ku sakiti
Engkau dengan dosaku
Ku balas segala kebaikan-Mu dengan kekurangan[X]
.
Tiada pernah ku menyedari semuanya
Bahawa nafas yang ku hirup adalah kuasa-Mu[XX]
.
Alhamdulillah ku syukuri semua
Terima kasihku Ya Allah atas indahnya hidup
Alhamdulillah ku syukuri semua
Terima kasih ku Ya Rabbi atas rahmat dalam hidupku
.
Selalu ku tingalkan Engkau dengan khilafku
Ku balas segala kemurahan-Mu dengan keburukkan
Back to [X][XX]Back to [XX] 2x

Tuesday, October 20, 2009

...kasi cek/update PENAMA

Kebetulan ke Shah Alam tadi, so singgah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) --- seperti ramai orang selalu nasihat --- anta please update kasi cek anta punya PENAMA di Borang Penamaan KWSP. Kenapa nak kena cek pulak?

Ha ha ha banyak dah kes...
ada AHLI yang tak letak PENAMA
ada AHLI KWSP siap letak girlfriend/boyfriend (PENAMA sebelum kawin dengan orang lain)
ada AHLI dah tukar isteri/suami baru tapi PENAMA masih yang lama
ada AHLI tak update senarai anak (selalunya anak yang akhir tertinggal...) sebagai PENAMA
ada AHLI tak letak isteri/suami sebagai PENAMA & macam-macam <<<--- akhirnya banyak masalah timbul lepas AHLI @ PENAMA jalan...so, semak-semak la ye, tapi abaikanlah kes-kes tu, yang penting elok juga kita cek, buat kerja kita kemaskini.
---
Saya pi ambik nombor giliran, tunggu sat dan pi kaunter dilayan oleh Pegawai Siti Roqiah (SR)

Saya : Saya nak cek nama PENAMA di KWSP saya
SR : Boleh, bagi I/C
(kena menunggu 3 minit, sistem entah pehal ntah..)
Sementara tunggu ada berbual-bual kosong.
Saya tanya : Saya nak cek sekali PENAMA isteri saya punya KWSP boleh?
SR : Oooo orang lain punya, itu tak boleh, isteri Encik kena datang sendiri...
(tunggu lagi...)
SR : Tak boleh masuk la, nanti saya ke kaunter sebelah...
(tunggu sat...)
SR : En. Tajudin, PENAMA Encik 100% isteri Encik. Kalau dia tahu mesti dia suka.
Saya : Boleh print tak senarai PENAMA tu.
SR : Tak boleh
(adus, apalah tak boleh print, camana orang nak verify ke, buat rekod simpanan ke...)
SR : Kalau Encik nak tambah PENAMA ke atau ada perubahan, sila isi borang dan kembalikan di kaunter KWSP.
Saya : Ok, terimakasih.
.
---
.
Nak dapat Borang PENAMA KWSP sila download di SINI

Peringatan Penting :
PENAMAAN akan terbatal jika orang yang dinamakan meninggal terlebih dahulu dari AHLI yang mencarum <<<--- so kalau tak update susah nak claim wang KWSP selepas AHLI meninggal.
PENAMAAN lama terbatal semua, jika AHLI buat PENAMAAN baru (update) <<<--- hati hati.
Make sure buat salinan untuk rekod.

Saturday, October 17, 2009

...faceBOOK vs BUKULima...

saya tak de facebook, ingat lagi i tulih pasal facebook HERE.
.
sehingga lah semalam Jumaat 16 Oktober 2009 hari terakhir Syawal 1430H, den bukak gak satu facebook (translasi Bahasa Melayu yang sebenar --- BUKU LIMA --- agaknyer la...).

.
ala letih gak nak habaq ni...akhirnya terpaksa gak bukak facebook (atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan dibendung sama sekali). push factor ialah dari kawan-kawan, nak exchange news online, jumpa kawan kampung lama, boleh jumpa sepupu, sedara, etc. dan bro. dzul yang bantu bukak facebook ni...and, dalam sekelip mata lepas register, saya dapat kawan yang telah sekian lama menanti (macam duduk kat empangan gamaknya) approved 59 geng... sori geng!!!
.
ok, yang baca blog ni jemput semua ke facebook (BukuLima) ...

Dah cerita pasal online dengan kawan-kawan ni, teringat buku atas ni, elok jugak baca buku atas ni... ONLINE dengan TUHAN --- karya tulisan Zulkifli Khair --- Berhubung Dengan Tuhan Melalui Talian Tanpa Wayar (dalam English Kuno --- Staying Connected to God With Wireless, betul...?)

Kita nak online kena ada gadget, kena ada internet, komputer, kena bayar bil, kena ada cable etc. Nak online dengan Tuhan lagi mudah dan cepat, habis awat lah kita payah nak buat ek...asyik ngadap komputer jer...

Mu gi baca lah buku ni...

(Ingat tak satu kisah riwayat semasa zaman Nabi/para sahabat bagaimana sahabat-sahabat di medan perang boleh dapat maklumat bahawa musuh bermuslihat untuk menyerang dari belakang...)

Thursday, October 15, 2009

Al-Fatihah (Nurul Ain Mohd Salleh)

Al-Fatihah kepada Nurul Ain Mohd Salleh (isteri kepada rakan Alumni kami di SMS - Wan Zatu) yang meninggal dunia awal pagi ini kerana komplikasi. Allahyarhamah Nurul Ain (35 tahun) mengajar di SMK Setapak, seorang guru yang baik dan rapat dengan anak-anak muridnya. Ramai anak murid dan cikgu-cikgu datang, Alhamdulillah.
Jenazah disolatkan sejurus selepas solat Zohor tadi dan selamat dikebumikan di Sungai Pusu, Gombak.
.
Kepada Wan Zatu dan seluruh keluarga arwah, takziah dan bersabar dengan ketentuan Ilahi ini. Moga Allah merahmati roh Allahyarhamah tergolong dalam para solehah. AMIN.
.
Al-Fatihah

Wednesday, October 14, 2009

---18SX---

Malam semalam table/meeting pasal program benda kat bawah ni untuk "Program Berkhatan Beramai-ramai". Program ini untuk kanak-kanak (yang belum berkhatan @ bersunat) untuk cuti sekolah ni. Sebenarnya untuk orang dewasa/mualaf yang belum berkhatan dah ingin berkhatan pun boleh jugak, cuma alatnya (silinder) besar sikit.
Kalau kanak-kanak average 10-12 tahun, saiz silinder plastik(lihat gambar bawah ni) lebih kurang sebesar jari kelingking dan panjangnya dalam 1 - 1.5 inci.
So, kalau budak dewasa/mualaf - kena tengok saiz badan dan saiz "barang @ anu" mereka. Boleh juga join kalau nak terlibat, tapi depa punya berkhatan kena di transfer/dibuat di klinik, tak boleh la di masjid... malu ah...
Ini dipanggil berkhatan guna kaedah smartklamp <<<--- cepat, mudah, tak sakit, tak tumpahkan darah, lepas 15 minit boleh main futsal (ye ke???) . Di Malaysia ianya dipromosi oleh Al-Khitan.

Berbanding kita dahulu, sunat secara konvensional, setiap seorang akan ambik masa at least 30 minit. Tapi, ikut kata Dr. Nasir, itulah cara doktor nak tunjuk skil menjahit/claim. Kalau ikut cara ni, sehari seorang doktor cuma boleh khatan/jahit 10 orang je...letih bang...
Nak lagi cepat, guna cara Tok Mudim dulu, yang sunatkan orang atas batang pisang --- tarik jer kulit kulup yang tutup penis budak tu, tarik panjang-panjang dannnnnn...
ciop....(selosai kojer)

Tuesday, October 13, 2009

Tahniah Tok Guru!!!

Kami sekeluarga, Ahad, pi majlis kenduri kahwin anak kepada Tok Guru Al-Quran saya, Ustaz Hj Nawawi Hj A.Ghani (dulu Bilal Masjid Negeri). Ustaz secara rasmi ajar saya terperinci Tajwid dan Al-Quran sehingga 3 kali khatam (selama 6 tahun).
Suara Ustaz sedap dan hebat Taranumnya, kalau dulu sebelum Solat Jumaat di Masjid Negeri, Ustaz Nawawi yang akan alunkan bacaan Al-Quran. Ketika Sultan Selangor yang lepas mangkat, beliau juga salah seorang yang mengalunkan bacaan Al-Quran.

Ramai jugak anak muridnya hadir, jumpa sekali di majlis kenduri.
Ustaz Hj Nawawi (kiri)
Pengantin, anak lelaki Ustaz (Mohd Nazifi) bersama pasangannya Zanariah Mohd Zin

Thursday, October 8, 2009

Allah Yang Ku Cintai



Matahariku (TV3) <<<--- Hanaa suka lagu ni

Allah Yang Ku Cintai
Album : Munsyid : Sakha

Allah yang ku cintai

Allah yang ku sayangi

Allah selalu ku puja

Selalu ku puji dan ku taati

Allah BUKAN manusia

Allah BUKANNYA haiwan

Allah BUKANNYA patung

BUKANNYA gunung

BUKANNYA bulan

#Allah..Allah(2x)

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH

MUHAMMAD UTUSAN ALLAH

KITA SEMUA ciptaan ALLAH........

Allah Tuhan yang ESA

Tiada Tuhan selain Dia

Pencipta alam semesta

Beserta seluruh isinya

Muhammad utusan Tuhan

Membawa kitab Al-Quran

Wajib kita amalkan

Itulah jalan keselamatan

Wednesday, October 7, 2009

F.U.C.K. !!!

Abah, saya tanya jangan marah tau. Abah tau tak makna F.U.C.K <<<--- Hanif tanya?


(diam, terkedu pun ye jugak...tak tau nak cakap apa)

Abah tau ke tak apa F.U.C.K tu?

Apa maknanya?

Maknanya --- Fokus Untuk Capai Kejayaan

(Hanif tambah lagi, bila kita belajar dalam kelas kita kena "Fokus Untuk Capai Kejayaan"...dia nampak ni kat kerusi bas sekolah...)

(...teruk sungguh bunyi acronym macam ni...)

Monday, October 5, 2009

Aidilfitri @ MABAS

Untuk julung-julung kalinya (firsttime) Masjid Abu Bakar As-Siddiq SS19 Subang Jaya, mengadakan Majlis Terbuka Aidilfitri semalam.
Dari kiri --- Tuan Nazir (Haji Abd. Razak), Siak 1, Imam 1, Juru Audit 1, Ketua Pemuda dan Setiausaha MABAS
Antara yang hadir adalah penduduk SS19, SS18, tamu jemputan serta tuanpunya kedai/workshop sekitar masjid.
Beratur untuk kambing golek...4 ekor ditumbangkan...
Turut hadir YB Loh Gwo Burne, Ahli Parlimen Kelana Jaya bergambar bersama Bilal II


Bilal II, Ustaz Zaini dengan kambing goleknya
Ketua Biro Muslimat, Kak Faridah tengah menerangkan sesuatu kepada YB. Kelihatan Timbalan Nazir, Saudara Azizan (duduk di hadapan Nazir)
YB Gwo Burne dan YB Hannah Yeoh bersama Nazir dan Ketua Muslimat

Bendahari MABAS, Hj Yusof (baju hijau muda) bersama tetamu
"Kami sayang Tok Siak" --- Siak 1, Saudara Jamal bersama remaja MABAS
"Kami lagi sayang Tok Bilal" --- Bilal II, Ustaz Zaini dan beberapa remaja. I jam sebelum majlis, semua dah makan dulu...
Imam II --- Ustaz Wan Adam dan keluarga


Saudara Zul (Biro Dakwah - jubah putih) bersama tetamu
Biro Muslimat diketuai oleh Kak Faridah (tengah-tengah kat pangkal anak panah tu...)
Dari kiri --- Bilal I (Ustaz Mohamad Soen), Imam II, Tn Haji Rahim, Tuan Nazir, Siak 1

Tuan Haji Syukri (kiri - Biro Kewangan) dan Tuan Zabidi (kanan - Penolong S/U MABAS)


Saudara Khairol (baju hijau) & friends. (nampak tak saper yang pakai baju merah kuning jersi Selangor belakang tu...makan sorang-sorang jerr...)

500 roti boom backup selepas jam 2 petang, punnnn habis....
Alhamdulillah, selamat semuanya...
Untuk mengetahui Program/Kuliah MABAS, sila layari web portal rasmi MABAS di SINI

Sunday, October 4, 2009

Hanaa Dapat Duit Raya RM100

Abah, Hanaa dapat duit raya RM100, kawan Hanaa bagi <<<--- Hanaa habaq.






(Terkejut jugak Mama dan Abahnya dengar...Hanif lagi letih dengo sampai tersandar...)

Saturday, October 3, 2009

Majlis Jamuan Aidil Fitri

PIBG SIMDE adakan Majlis Jamuan Terbuka Aidilfitri meraikan seluruh warga SIMDE pagi ini. Meriah, ramai hadir. Program disekalikan dengan perjumpaan ibubapa yang anaknya bakal memasuki Darjah 1 tahun 2010.
Kongsi sebahagian gambar.

Seperiuk sup kambing yang disponsor oleh seorang ibu. Kaki-kaki kambing seronok!

Hanaa bersama-sama tengok nasyid dicelah-celah orangramai
Persembahan nasyid terbuka murid-murid SIMDE meriahkan sambutan raya. Lepas nyanyi terus dapat permintaan buat persembahan untuk program luar sekolah...tahniah!


Nantikan team nasyid ini 10 tahun lagi...




Dari kanan En. Ali (Ketua Biro Pendidikan PIBG), Tuan Kamal (Ketua Biro Sukan & Rekreasi), Ustaz Mazlan (Guru Besar - tengah dukung anak), Ustaz Shafie (Ketua Biro Dakwah & Kebajikan - Penyelaras Bersama Program Aidilfitri ini), En Ibrahim (Ketua Biro Ekonomi), Abe Nasir (baju biru/tengah) - Bos Besar Temanse Aquaculture (klik SINI - blogroll), bergambar bersama-sama (kiri sekali) Tuan Zaini (NYDP) dan Tuan Syed Alwi (baju hijau - Penasihat Yayasan)


Pelajar Menengah dan bekas pelajar bersama guru kesayangan mereka Cikgu Ira (3 dari kanan)

Syabas/Terimakasih kepada ibubapa/guru/murid yang menunjukkan komitmen tinggi menjayakan program ini.

Thursday, October 1, 2009

...Ada Tawa Dalam Sedih...

Lewat tengah malam semalam sahabat-sahabat dari Terengganu mai beraya ke rumah. Saya ingatkan mereka nak ke Bagan Pinang (he he he) rupanya ada meeting di KL.

Siang tadi makan breakfast di Nasi Lemak Tanglin.
Antara yang dibualkan ialah kisah sahabat kami, Fateh, yang kena kanser leher --- (saya pernah blog 2 bulan lepas SINI) --- Alhamdulillah, Fateh beransur sembuh, dari tak boleh berjalan, koma, tidak boleh/mampu bercakap, terpaksa guna wheelchair, kini mutakhir ini dia sudah boleh berjalan perlahan dan sudah boleh berbual sedikit. Semangatnya kuat. Dia buat treatment cancer tu dengan strong chemotherapy.
Bila dengar cerita tu, kami, kawan-kawan dari KL kata Alhamdulillah. Ada pulak yang terpancul tertanya (knowing chemo and cancer treatment got side effects) - rambut dia gugur tak?
Semua senyap sat, lepas tu semua ketawa --- baru perasan, Fateh ni jenis Harris Iskandar...
(Fateh, kami melawak je, jangan ambik hati, aku tau hang baca blog ni. Moga hang kuat semangat dan segera pulih sepenuhnya.)

Tuesday, September 29, 2009

siri bercakap dengan JIN

(borak dengan kawan lama teringat timbul cerita Tamar Jalis ni)

Saper kenal Tamar Jalis?

Tamar Jalis (tahun 80-an) tulis buku Siri Bercakap dengan Jin - banyak sirinya, semua orang (budak/dewasa) suka baca (macam Harry Potter). Ikut cerita Tamar Jalis, kisah yang ditulisnya kisah benar kerana sering ikut Atuknya berubat/mengubat/memulihkan orang kena rasuk/saka/sihir ETC yang berlaku di Perak (dan sekitarnya)

Itu dulu. La ni banyak sungguh cerita seram mutakhir ini yang lepas masuk TV. bila orang tayang cerita simulasi siksaan alam kubur / alam barzakh ramai orang merasuk marah mintak jangan dipaparkan. Dari orang atas sampai ke bawah semua melenting, padahal itulah cerita yang benar, bukan tahyul dan bukan mistik!!!


Tapi heran cerita seram boleh pulak jadi cendawan tumbuh. Boleh pulak masuk TV dan semua orang macam OK jer... segala cerita seram, cerita puaka, cerita saka, cerita sihir, cerita santau, cerita misteri, cerita mistik telah menguasai rumah, pawagam dan industri filem. Macam-macam ada ---anak betong, puaka niyang rapik, anak pontianak, susuk, saka, kekasih kuseru, zombie kampung pisang, pontianak harum sundal malam, waris jari hantu. ada pulak -- pocong 1, pocong 2.


ada KELIWON
tak lama lagi ada Gondoruwo


tu tak masuk cerita hantu jepun, hantu korea, hantu indon, hantu siam, hantu china, hantu mat salleh, hantu india...

===
OK

Kesan dia apa yek?

Cerita/movie seram seperti ini telah menyebabkan anak-anak jadi penakut --- itu yang saya nampak. suruh ambik air kat bawah/dapur, nak kena teman 3 orang (anak cuma ada 3 je...cuba kalau ada 6 -- enam-enam turun sama-sama pi dapur)



Cerita TV kena main peranan untuk bangun minda anak untuk jadi bersemangat/berani. masa saya kecik dulu, TV hitam putih (ha ha ha) ada tayang COMBAT

Semua budak berani nak jadi askar, semua cita-cita nak jadi askar, belukar tepi rumah jadi hutan/kem askar, cuti sekolah kita pi perang....setakat masuk hutan tak takut.

Alahai...kesian budak, anak-anak sekarang...

Friday, September 25, 2009

Al-Fatihah, Al-Fatihah & Al-Fatihah

Hari Raya Ke-3, Pak Sedara --- Allahyarham Mokhtar Salim (Anjang Mokhtar) meninggal dunia di Taman Maluri kerana kanser. Al-Fatihah untuk Arwah, moga Allah cucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Takziah kepada seluruh keluarganya.



===
Hari Raya Ke-4, jiran kami meninggal dunia. Allahyarham Mohd Jamil Arif (bapa Mohd Wafi --- Setiausaha Biro Pemuda Masjid Abu Bakar As-Siddiq) adalah orang lama di SS19 ini. Orangnya peramah dan suka berkongsi pengalaman/bercerita. Lebih dikenali sebagai The Master of Tai-Chi kerana menjadi guru tai-chi di kalangan penduduk SS19, Subang Jaya & Kelang dengan pengikut-pengikut berbilang kaum.

Arwah pernah suruh saya cari gambar-gambar SS19 dan Subang Jaya semasa ianya mula-mula dibangunkan tahun 80-an dahulu supaya dibukukan, jadi sejarah budak-budak Subang Jaya terutama SS19. Saya tak buat.
Arwah selalu ajak saya join kelas Tai-Chinya. Saya tak join.
Arwah suruh saya bersama beliau hidupkan semula Persatuan Penduduk di SS19 ini. Saya tak buat.

Ketika saya dipilih mengetuai Biro Pemuda Masjid, Arwah jumpa saya ucap tahniah dan tanya saya apa beliau boleh bantu. Arwah bagi beberapa idea yang bernas. Oleh kerana Arwah sudah berumur, maka dia memberi 2 nama anak-anak lelakinya untuk bantu saya. Dan saya memilih Wafi (anak sulung lelakinya sebagai Setiausaha Biro Pemuda Masjid).
Ramai orang hadir di Tanah Perkuburan USJ22, beri penghormatan terakhir. Moga Allah tempatkan Allahyarham Mohd Jamil Arif dalam golongan orang yang soleh, Amin.
===

Untuk pembaca blog ini, kubur Allahyarham tidak jauh dari kubur pengarah di atas ini.

Friday, September 18, 2009

La Tahzan Ya Hajjah (Jangan Bersedih) Wan Chik Daud

(Hari ini Jumaat terakhir Ramadhan 1430H. Imam Abbas yang sampaikan khutbah Jumaat begitu sedih dan menangis kerana Ramadhan akan meninggalkan kita. Ketika mengetuai solat Jumaat tadi Imam teresak tersekat-sekat membaca menahan sedih. Hanif sendiri kata dia pun sedih dengar Imam macam tu...)

===

TUDUHAN mengatakan isteri kedua aktor veteran M. Rajoli, Wan Chik Daud tamak dan berpura-pura menjaga suaminya itu akhirnya membuatkan hubungan mereka terpisah.
Walaupun M. Rajoli dan Wan Chik masih lagi bergelar pasangan suami isteri, namun mereka secara zahirnya sudah tidak berhubung antara satu sama lain.
...

“Tetapi kadangkala tu, saya rindu juga untuk solat berjemaah dan berbuka puasa dengan suami,” ujarnya yang menganggap semuanya telah menjadi kenangan ibarat lagu ‘Tiada Lagi’ nyanyian ‘rocker’ Amy Search.
Jelas Wan Chik, dia menganggap setiap bait lirik lagu ‘Tiada Lagi’ mempunyai persamaan dengan kisah hidupnya.
Ditanya tentang statusnya yang masih bergelar isteri pelawak dan pelakon yang selalu membawakan watak orang warak itu, Wan Chik menjawab, “Kami tetap suami isteri sampai mati.”


Baca/Berita lanjut/Terperinci klik SINI
===
Sabar lah Hajjah, nak buat camana...

Saya cuma nak highlight lagu yang disebut tu, lagu oleh Amy Search -- Tiada Lagi



Sia-sia sudah

Kita jalin cinta

Bila hati selalu berbeda

Sampai kapan lagi

Aku harus menahan

Rasa kecewa di dalam dada

Seandainya kita masih bersatu

Tak mungkinkan menyatu

Walau masih ada sisa cinta

Biarkan saja berakhir sampai

Di sini



(korus)

Tiada lagi yang ku harapkan

Tiada lagi yang ku impikan

Biar aku sendiri tanpa diri mu

Tiada lagi kata cintamu

Takkan lagi ku bersama mu

Biar ku simpan semua

Kenangan ku bersamamu



===

To Hajjah Wan Chik - practice what we preach, practice to forgive and forget. let bygones be bygones. Ni dah nak Raya Adilfitri --- bawak maaf-maaf la...


Nak dengar lagu Amy Search ni boleh, tapi jangan terbawak-bawak sedih...Amy Search bab nyanyi ni suara & penghayatan lagu dia dasat, tapi Amy pun dah berubah banyak dah...

Thursday, September 17, 2009

Jumaat Yang Menoktahkan --- (sajak)

(Hanis, Hanif, Hanaa - hari ini genap 5 tahun Atuk tinggalkan kita. Al-Fatihah)

JUMAAT YANG MENOKTAHKAN

Sakit ini menyiksakan
Tak tertahan menanggungnya
Pedih ke setiap inci susuk tubuh
Membunuh dengan perlahan
Membunuh dengan senyap

Siksanya tiada yang tahu
Terpaksa ditempuhi, sabar
Tiada menyusahkan anak, saudara
Dan semua
Tertanggunglah derita sendirian

Lambat lagikah Jumaat?
Sering terucap di hari-hari terakhir
Tetapi tiada siapa yang mengerti
Meneka maksud tersirat di hati
Semuanya rahsia azali
Benar, hanya diri mampu mengerti

Tahu
Kenapa lambat untuk bertemu Jumaat

Lalu
Benar

Seperti sering terungkap
Jumaat pun hadir
Dari Subuh menyinsing

Dan diri pun mulai nazak
Kata-kata sudah tiada
Nafas terputus-putus, tersekat
Dada naik turun, bertahan
Cuba bertahan
Dan bertahan
Hanya mampu bertahan dalam redha
Maha Suci Allah
Menetapkan segala kejadian

Lalu terhentilah nafas
Sejurus selesai solat Jumaat
Dan
Tercabutlah nyawa, untuk kesekian kalinya
Roh kembali kepada Yang Maha Esa
Moga dengan rahmat dan kasihNya


-tajmosa-
Sep '04
titipan mengenang hari terakhir pulangnya ke rahmatullah Ayahanda Mertua. Jumaat 17 September 2004 (2 Syaaban 1425) jam 2.15 pm. Kanser paru-paru. Al-Fatihah.

Wednesday, September 16, 2009

Mindef's Webmaster & PR? Apa dah jadi?

The unfortunate/tragic aircraft crash that killed both pilot and co-pilot (Maj Mohd Zulkifli Hassan and Maj Mohd Roszaini Mustafa) happened on Friday noon. They were both buried on Saturday. Malaysians read the sad news online or in the papers.


We all shared their families' sorrow. But i somehow bit disappointed, sad to say that the incident was not covered in the Ministry of Defence (Kementerian Pertahanan) official web portal HERE. No news on the crash and not even the condolence message or Al-Fatihah (flashing whatsoever) from the portal or MOD - Minister/KSU etc to the families (mind you, nothing highlighted even after 3 "working" days!) <<<--- macam nak clear cek pulak...

Let us recite/offer Al-Fatihah to both Arwah Mejar. Let us pray for them and may Allah shower blessings and forgiveness upon them. Al-Fatihah.

Tuesday, September 15, 2009

....Free Counter yang Kantoi!!!

Baru semalam perasan FREE COUNTER saya problem selepas kawan bagitau.
Seminggu lepas dah jejak 39,000 alih-alih dua tiga hari ni dah jadi 12,000++ je...hampehhh...
Awat jadi lagu tu ek?
Masa blog ni 1st. anniversary april lepas counter tu tunjuk 26,000 visitor dengan ranking google 5.6million. La ni, counter jadi 12,000 je, tapi ranking naik ke 1.7 juta...ok la tu...

Monday, September 14, 2009

Kak Yah ke Jogjakarta sambut LEBARAN

Early morning sent our maid (of 10 years) to LCCT for flight to Jakarta/Jokjakarta (AirAsia) **KLIA-Soekarno Hatta-Adi Sucipto**. She will spend Hari Lebaran (Hari Raya la...) followed by long holidays with her family @ Bandingan, Kejobong, Purbalingga.
(dah 2 tahun dia tak balik sana) she looks forward, damn happy and eager to spend Raya in Indonesia. Have a safe smooth/safe journey!!!
Seperti kebiasaannya, budak-budak hilang mood nak ke sekolah...sedih.
Sementara ketiadaan Kak Yah, kerja-kerja rumah akan digalas/diambilalih/dirampas oleh (tidak asing lagi...) Hanis and Hanif he he he...
Thanks to Dzul, Ila & Sham.

Friday, September 11, 2009

...Allah tak terima MC...

Malam semalam bawak Hanif pi Klinik Rosli jumpa Dr. Nasir. Hanif batuk-batuk, berkahak dan lelah...
Hanif: Saya kena puasa ke esok Dr.?
Dr. Nasir: Puasa la
Hanif: Boleh Dr. bagi MC tak?
Dr. Nasir: Sekolah kan masih cuti UPSR?
Hanif: Tak, saya nak simpan MC nak tunjuk kat Allah, saya tak sihat tak payah puasa esok...
(yang kelakar tu Dr. Nasir layan...)
Dr. Nasir: oooo tak boleh, ini Dr. punya MC tak laku depan Allah...
(Dr. Nasir yang peramah tu ketawa berdekah-dekah...)

Tuesday, September 8, 2009

Hati Anak Yatim II

Lepas blog rakan satu batch (39 tahun) yang baru kematian suami (anak 4 orang - umur 15, 13, 9 dan 3 - menjadi anak yatim) dan memblog beberapa cerita berkenaan anak yatim SINI dan SINI dan banyak lagi kisah anak yatim di blog ini, mungkin ramai tertanya apa halnya?
.
Ya, saya suka anak yatim dan saya sangat sayang dengan anak yatim. Allah jadikan saya begitu. Dan Allah juga yang telah menjadikan saya seorang anak yatim ketika saya baru berumur 4 tahun.

---

(Hanis, Hanif, Hanaa - baca ini, mungkin panjang sedikit, kalau tak baca hari ni, boleh baca 10 tahun lagi pun tak pe... janji baca...)

---


Abah saya meninggal ketika saya baru berumur 4 tahun (1974), orang kata saya ketika itu masih berebut puting dengan abang saya 6 tahun dan adik perempuan saya (yang bongsu 2 tahun). Emak ketika itu berumur sekitar 35-39 tahun (serupa macam cerita kawan saya yang baru kematian suami itu).
.
Apa perasaan jadi anak yatim?
Ini adalah soalan paling saya benci bila ada orang tanya (orang ramai, guru, masyarakat) dan pada saya ini adalah soalan paling bodoh untuk ditanya kepada anak yatim! Samada pakar motivasi ke atau siswa/siswi U yang masuk kampung, jangan sesekali tanya anak yatim apa perasaan dia jadi anak yatim. Ini soalan bodoh dan tidak memahami hati anak yatim!
.
Pun begitu, saya bersyukur pada Allah kerana Allah mengeluarkan/hilangkan ingatan saya ketika hari Abah meninggal dunia. Saya tak ingat apa-apa. Atuk dan Pak-Pak Sedara saya (bila saya dah remaja, mereka ada bertanya samada saya masih ingat atau tidak peristiwa itu). Saya kata tidak. Yang saya ingat ialah saya rasa gembira pada hari itu kerana saya melihat gerobok baru (almari) --- saya ingat almari, tapi dah sekolah baru tahu itu keranda untuk abah. Cuma "gerobok" yang diusung masuk ke rumah sahaja yang saya ingat --- lain-lain tidak ingat.
.
Mengikut cerita Atuk dan Pak-Pak Sedara saya --- sebenarnya, sayalah yang paling kuat menangis dan melalak memanggil Abah hingga terpaksa didukung emak / orang ramai / orang kampung untuk ditenangkan. Tapi, Allah keluarkan memori sedih itu dari ingatan saya.
.
Emak tidak bekerja waktu Abah meninggal dunia. Kakak saya yang paling sulung ketika itu Tingkatan 4 (kalau tak silap) @ Tingkatan 5, mungkin. Pada suatu hari, ketika saya sudah mulai pandai membaca (Darjah 1 atau Darjah 2) saya terbaca buku catatan kakak saya (macam diary - buku tebal hardcover). Saya lupa adakah buku itu kepunyaan kakak saya yang sulung atau yang kedua. (maaf kak, saya terbaca! tak sengaja...). Beza umur mereka berdua cuma 1 tahun. Catatan buku itu ceritakan peristiwa sedih kematian Abah dan susulan bulan-bulan selepas itu. Memang mereka sedih, sangat sedih dan sayu melihat emak. Hingga mereka bercadang untuk berhenti sekolah menjaga dan membantu emak serta membantu adik-adik yang kecil. Bayangkan umur mereka baru sekitar 15-17 tahun. Emak mintak mereka terus sekolah kerana mereka akan jalani peperiksaan (LCE atau MCE).
.
Allah takdirkan kita jadi anak yatim.
Kalau kita tak jadi anak yatim, kita tak cukup tahu perasaan anak yatim. Ketika kecil, saya irihati melihat mereka yang ada bapa --- hingga saya tertanya kenapa bukan ayah mereka yang mati dahulu? Tapi itu perasaan sementara, kerana selain daripada emak, saya disayangi oleh Atuk dan Pak-Pak Sedara saya yang ramai (satu kampung) terutama Pak Cik saya. Pak Cik suka ke sekolah saya terutama bila hari report card kerana dia suka saya selalu mendapat No. 1. (saya pernah blog sajak khas untuk Atuk SINI)
.
Lepas saya berkahwin dan dapat anak, saya berdoa agar anak-anak saya tidak menjadi anak yatim ketika umur mereka sekitar 4 tahun, tetapi beberapa tahun kebelakangan ini, saya rasa sebenarnya adalah lebih pahit lagi jika bapa mereka meninggal ketika mereka telah mulai remaja (berdasarkan kesan psikologi kakak-kakak & abang-abang saya berbanding saya)
.
Kepada anak-anak yatim yang membaca blog ini.
Anda semua anak yang istimewa dan memang Allah jadikan anda wujud dalam masyarakat, supaya masyarakat hargai kalian. Allah juga mahu hukumNya terlaksana ke atas mereka yang memakan harta anak yatim. Allah biarkan kita sebagai anak yatim hadir dalam kehidupan masyarakat kerana Allah ingin melihat masyarakat itu membela kita.
Ketika saya di sekolah rendah --- dua orang yang paling saya ingat kerap menjemput anak yatim makan di rumah mereka ialah Pegawai Daerah Muar (DO) masa itu dan juga mantan Menteri Besar Johor (Arwah Tan Sri Othman Saat - rumahnya di sebelah kampung saya). Kerapnya mereka membuat jamuan makan untuk anak yatim sehingga saya menjadi malas untuk dibawa pergi ke rumah mereka.
Pesanan kepada Anak Yatim.
Pandanglah ke hadapan, jangan sesali kehidupan tanpa ibu dan ayah. Semuanya telah menjadi takdir Allah. Ambillah ayat Al-Quran ini sebagai semangat untuk hidup bahawa Allah bersama golongan anak yatim.
….. kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, segala malaikat, segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermakan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang miskin, orang yang musafir, orang yang meminta-minta. (Al-Baqarah 177)

Dalam satu riwayat, di padang mahsyar nanti umat Nabi s.a.w akan dibahagi kepada 12 kumpulan, satu daripadanya ialah (kumpulan ke-9) --- Mereka diiring dengan wajah hitam, mata biru dan perut penuh dengan api, maka terdengarlah suara Yang Maha Pemurah: "Mereka adalah orang yang makan harta anak yatim."

Allah Ta’ala juga berfirman, “Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik (bermanfaat).”

Dalam firman yang lain, Allah Ta’ala menyatakan, “Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala.”

Nabi s.a.w bersabda, ”Jauhilah oleh kalian tujuh perkara yang membinasakan!”. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah itu?” Beliau menjawab, “Menyekutukan Allah, berbuat sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah, kecuali dengan hak, memakan riba, memakan harta anak yatim, melarikan diri dari medan perang, dan menuduh (zina) wanita mukminah yang baik-baik.”

.
Kepada Masyarakat
Bantulah anak yatim samada dari segi wang ringgit mahupun kasih sayang, lebih-lebih di bulan Ramadhan yang barakah ini. Kalau boleh (berduit) cari anak yatim, jadikan anak angkat ataupun sponsor pembelajaran/asuh mereka menjadi orang yang bertaqwa. Kalau tidak berduit, keraplah melawat/bergaul/bercerita/mengajar mereka di rumah anak yatim. Ingat Hadis Nabi s.a.w yang sangat menganjurkan mengasuh anak-anak yatim. Ini disabda Baginda yang menjanjikan hidup berdampingan bersama Baginda di Syurga bagi orang yang mengasihi anak yatim. Sabda Nabi, “Aku dan pengasuh anak yatim di Syurga seperti ini.” Baginda mengatakannya sambil menunjukkan kedua jari Baginda, jari telunjuk dan jari tengah.
---
(Kepada Hanis, Hanif, Hanaa --- kasihkan anak-anak yatim sebagaimana Abah telah dikasihi ramai orang sewaktu kecil dahulu. Layan mereka dengan santun/mesra dan berkawanlah dengan mereka)